UTHM Terima Anugerah Khas IFIA di MTE2018

PWTC, 24 Feb 2018 | UTHM berjaya menggondol anugerah khas International Federation of Inventors’ Associations (IFIA) dalam Malaysia Technology Expo 2018 (MTE2018) yang berlangsung di Putra World Trade Center (PWTC) pada 22 hingga 24 Feb 2018 yang lalu. Anugerah ini diperolehi melalui produk “3D EEG Feature Extraction for Brain Balanced Index (BBI) Using Artificial Neural Network (ANN)” hasil ciptaan Dr. Norfaiza Fuad dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE). Produk yang bertujuan bagi memantau dan meneliti keadaan dan kualiti gelombang otak manusia serta berupaya diaplikasikan dalam pemantauan pesakit strok ini juga berjaya mendapatkan pingat Emas dalam pameran antarabangsa ini.

 

Untuk penyertaan kali ini, UTHM menghantar 5 penyertaan melalui 5 orang penyelidik iaitu Prof. Madya. Dr. Soon Chin Fhong, Dr Noorsaliza Abdullah, Dr Mohd Nasrull Abdol Rahman, Prof. Madya Dr Mustaffa Anjang Ahmad dan Dr Norfaiza Fuad sendiri. Secara keseluruhannya, melalui penyertaan kali ini, 100% penyertaan UTHM berjaya mendapat pengiktirafan iaitu 1 anugerah khas, 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 3 pingat gangsa.

 

Menurut ketua delegasi UTHM ke pameran ini, Prof. Madya Dr. Nik Hisyamudin Muhd Nor, UTHM sentiasa berusaha menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang mampu memberi manfaat kepada agensi kerajaan, masyarakat dan industri selari dengan penekanan Kementerian Pengajian Tinggi terhadap kepentingan konsep Translational Research di Malaysia. Objektif utama penyertaan UTHM ke pameran ini juga selain untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan inovasi UTHM ialah untuk mencari rakan strategik bagi setiap produk dan teknologi yang dipertandingkan. Melalui rakan strategik ini, diharapkan setiap kerja penyelidikan dan inovasi yang dijalankan dapat dikomersilkan dan  seterusnya memberi manfaat kepada golongan sasaran.

 

Dr. Norfaiza mengucapkan penghargaan kepada pihak UTHM yang memberi peluang kepada beliau untuk menyertai MTE2018 kali ini dan diharapkan melalui kerjasama sediaada dengan Pertubuhan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), produk ini dapat ditambahbaik lagi dan seterusnya mampu membawa kepada pengkomersilan produk ini di masa hadapan.

ICC LOGO.PNG

Branding

I’m a paragraph. Double click me or click Edit Text, it's easy.

CONTACT US

Innovation and Commercialization Centre (ICC)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor Malaysia. 

Tel: +607-453 8315 / 8314 / 8526 / 8525 / 8316

Email: iccuthm@gmail.com

QUICK LINK

MTUN Connect

UTHM

Email

Ideas

TCIS

Directory

FOLLOW US

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube

Facebook

Instagram

Youtube