SEJARAH

Latar Belakang Pusat Inovasi Dan Pengkomersilan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 

Penubuhan bidang penyelidikan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bermula pada tahun 1998 apabila pihak universiti menyahut sasaran Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang mensasarkan penubuhan lima pusat kecermelangan R&D bertaraf dunia. Untuk kelangsungan universiti di masa hadapan, UTHM tidak mempunyai banyak pilihan kecuali turut bersaing dalam penyelidikan dan inovasi. Sehubungan dengan itu, dinamika penyelidikan di UTHM telah melalui proses perubahan dan penyesuaian untuk mencapai kematangan.

      Bermula dengan Pusat Penyelidikan dan Perhubungan Industri (1998), Pusat Penyelidikan, Perundingan dan Pendidikan Berterusan (2002), dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (2007). Bertarikh 08 Februari 2011, Pekeliling Am Bil.9 Tahun 2011, telah memaklumkan mengenai pelantikan baharu di Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Pengkomersilan dan Inovasi untuk jawatan-jawatan seperti Pengarah (Penyelidikan), Pengarah (Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi), Timbalan Pengarah (Penyelidikan), Timbalan Pengarah (Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi). Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Universiti Bil. 19/2010 telah meluluskan penstrukturan semula Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi dengan mewujudkan jawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah untuk menguruskan Bahagian Penyelidikan dan Bahagian Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan.

         Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Universiti Bil.2/2011 kemudiannya telah bersetuju meluluskan pemurnian struktur organisasi Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Sehubungan dengan itu, nama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi diubah kepada Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (Office for Research, Innovation, Commercialization and Consultancy Management) atau singkatannya ORICC. Selain itu, nama Unit Penyelidikan diubah kepada Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) manakala nama Unit Perundingan, Pengkomersilan dan Inovasi diubah kepada Pusat Inovasi, Pengkomersilan Dan Perundingan (ICC). Susulan daripada kelulusan itu, juga, nama bagi jawatan Pengarah/Timbalan Pengarah diubah kepada nama Dekan/Timbalan Dekan (Pusat Penyelidikan dan Pembangunan) dan Dekan/Timbalan Dekan (Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan). 

       Sehingga Julai tahun 2015, carta organisasi ORICC merangkumi tiga bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK), Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Pusat Inovasi, Pengkomersilan Dan Perundingan (ICC). Pada tahun 2017, ORICC telah melakukan pengubahsuaian struktur organisasi dengan mengubah nama kedua-dua pusat dan bidang kerja kepada lebih tersusun. Nama Pusat Penyelidikan dan Pembangunan diubah kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), manakala nama Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan diubah kepada Pusat Inovasi Dan Pengkomersilan (ICC).

Garis Masa Proses Perubahan Dinamika Penyelidikan di UTHM

ICC LOGO.PNG

CONTACT US

Innovation and Commercialisation Centre (ICC)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor Malaysia. 

Tel: +607-453 8315 / 8314 / 8526 / 8525 / 8316

Email: iccuthm@gmail.com

QUICK LINK

MTUN Connect

UTHM

Email

Ideas

TCIS

Directory

FOLLOW US

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube

Facebook

Instagram

Youtube